• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • MC&I SFM
  • Aktiviti Dan Pelan Tindakan Masa Hadapan

Aktiviti Dan Pelan Tindakan Masa Hadapan

High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) bergantung kepada jenis dan peranan sesuatu HCVF itu, garis tindakan berikut akan diikuti oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi memastikan kegunaan dan relevannya untuk jangka masa berterusan. Antara aktiviti yang dirancang adalah:

Bancian Semula Pokok-Pokok Dan Sumber Lain

Aktiviti ini bertujuan untuk memantau taburan, kuantiti, kadar tumbesaran, tahap kesihatan dan perilaku fenologi mereka. Aktiviti ini termasuklah memantau status spesies sasaran dan menilai kelayakannya untuk terus diiktiraf sebagai spesies sasaran dalam konteks persekitaran sosio-ekonomi yang berubah-ubah.

Penyelidikan Dan Pembangunan (R & D)

R & D dijalankan ke atas biologi populasi, sistem reproduktif dan program pembiakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan atas dasar kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti institusi penyelidikan perhutanan dan pertanian serta universiti-universiti. Pada masa ini terdapat minat yang meningkat di kalangan agensi-agensi antarabangsa dalam menyokong pembangunan kawasan-kawasan pemeliharaan, tetapi hal ini perlu dijalankan secara terancang dengan penglibatan penuh agensi-agensi tempatan. Strategi pemeliharaan yang bersesuaian akan dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi setiap tapak dan disertakan dengan rancangan pengurusan High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) yang baik.

Menanda dan memelihara sempadan kawasan

Ancaman-ancaman yang dihadapi oleh High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) boleh berlaku dalam berbagai bentuk, seperti kemasukan orang secara tanpa kebenaran sehingga kepada kerosakan fizikal yang serius seperti pencerobohan dan pembalakan haram yang mana boleh membawa kepada kemerosotan fizikal yang berat ke atas kawasan dan sumber biodiversiti di dalamnya. Dengan demikian, adalah penting supaya apa jua ancaman masakini dan akan datang dikenalpasti dan sekiranya perlu dikuantifikasikan supaya ianya dapat dimasukkan ke dalam rancangan pengurusan High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) dan langkah-langkah berpatutan diambil bagi mengatasinya. Pemeriksaan yang kerap dan survey ke atas sempadan disertakan dengan dokumentasi yang relevan mungkin dapat membantu memastikan keselamatan dan keutuhan kawasan High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT).

Menjalankan Inventori Pelbagai Sumber ke atas High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT)

Aktiviti ini boleh dijalankan bersama-sama dengan survei ke atas sumber pada skala FMU yang mana biasanya dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tempoh perancangan. Maklumat yang dikutip hendaklah meliputi seberapa banyak parameter dan sumber-sumber yang menerangkan situasi hutan berkenaan. Selanjutnya maklumat seumpama ini akan membantu pengurus dalam menetapkan peranan/fungsi serta kegunaan High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) yang dimaksudkan dan memutuskan jenis-jenis kegunaan lain yang sesuai dengannya.

Menyelenggara Pengkalan Data dan Mendokumentasi Serta Memasang Tanda Di Tanah Berhubung dengan Ciri dan Sumber Yang Relevan

Mewujudkan pengkalan data yang bersesuian dan mengandungi maklumat mengenai sumber (hidup atau bukan hidup) di dalam High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) termasuk yang mempunyai potensi bagi kegunaan yang lestari di masa hadapan. Spesies pokok sasaran khususnya hendaklah ditanda kedudukannya di tanah dan di atas peta dan seterusnya didigitize ke dalam aplikasi komputer. Selanjutnya pokok-pokok ini akan dilabel dengan label plastik berukuran 4cm x 10cm dengan menunjukkan maklumat mengenai nama-nama tempatan dan saintifik dan dipasang pada ketinggian yang bersesuaian di batang pokok. Label-label ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi mempastikan tidak rosak atau hilang dan maklumat di atasnya dapat dibaca dengan jelas.

Memantau Pembungaan dan Pembuahan dan Mengutip Biji Benih

Aktiviti ini dijalankan secara tetap dan direkod dengan baik. Pola dalam pengeluaran bunga dan buah akan dipantau dalam konteks perubahan cuaca dan musim serta respons terhadap perubahan alam sekitar. Dalam hubungan ini data mengenai cuaca (taburan hujan, rajah angin, suhu, lembapan) serta faktor-faktor lain seperti kejadian jerebu, pencemaran, aliran air, dll. akan dipantau dengan input dan kerjasama dari agensi-agensi berkaitan. Faktor-faktor alam sekitar sudah semestinya mempunyai kesan yang penting ke atas kesihatan pokok dan seterusnya mempengaruhi kuantiti dan kualiti bunga dan buah yang dihasilkan.

Mengesan dan Mengutip Anak Liar

Penghasilan biji benih dan stok tanaman yang viabel akan merupakan salah satu daripada matlamat High Conservation Value Forest (HCVF) / Identification And Protection Of Rare, Threatened And Endangered Species (E&RT) yang digunakan sebagai asas penubuhannya. Biji benih dan anak liar dari kawasan ini akan dilabel dengan baik menurut provenannya sebelum dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ujikaji atau digunakan dalam aktiviti-aktiviti penanaman secara in-situ dan ex-situ serta operasi penghutanan semula.

Menubuhkan Tapak Semaian Bagi Pembiakan Dan Penambahbaikan Stok Tanaman

Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti (4) di atas, tetapi dengan objektif bagi menubuhkan stok masa depan bagi bahan tanaman berkualiti dan terpilih. Spesies yang disasarkan tidak tehad kepada spesies pokok hutan sahaja malah kepada semua spesies yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi (high conservation value).



Last Updated: 30 September 2021

Hubungi Kami