Permohonan & Pendaftaran Tukul Besi Di Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Adalah dimaklumkan bahawa kepada pemohon yang ingin memohon / mendaftar Tukul Besi Baru perlu mengisi Borang Permohonan Tukul Besi yang diedarkan secara percuma dengan memuat turun pautan di bawah atau mengambil borang di Seksyen Perindustrian & Pengusahasilan. Pemohon juga perlu mematuhi syarat-syarat tambahan bagi Permohonan Tukul Besi Baru dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan mengikut senarai semak seperti dibawah :

1.) Syarat-syarat Tambahan Permohonan Tukul Besi Baru

  • Penyata akaun mestilah mempunyai RM5,000.00 ke atas;
  • Syarikat mestilah mempunyai kaitan dalam bidang perhutanan / pembalakan; dan
  • Syarikat juga mesti mempunyai pekerja dan peralatan jentera.


2.) Senarai Semak Permohonan Sebagai Kontraktor Pembalakan (Pendaftaran Tukul Besi)

  • Borang Permohonan; (muat turun borang permohonan disini)
  • Gambar Pemohon;
  • Senarai Anggota Lembaga Koperasi / Pertubuhan / Yayasan yang disahkan / Maklumat Syarikat
    • Maklumat Modal;
    • Maklumat Pengarah & Pegawai;
    • Maklumat Pemegang Syer; dan
    • Ringkasan Penyata Kewangan.
  • Penyata akaun terkini (dua (2) bulan terkini) tidak kurang dari RM5,000.00 atau surat perakuan bank;
  • Pemilikan jentera atau peralatan
    • dimiliki sendiri (perlu disertakan salinan geran); atau
    • disewa (perlu disertakan surat akaun penyewaan dari pemilik asal).
  • Alamat sayrikat / koperasi / pertubuhan / yayasan di Negeri Perak;
  • Salinan Memorandum "Articles of Association" / Buku Undang-undang Kecil (jika berkaitan);
  • Salinan Perakuan Pendaftaran;
  • Salinan Maklumat Perniagaan;
  • Salinan Maklumat Pemilik Masa Kini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Semua salinan dokumen hendaklah disahkan; dan
  • Salinan kad pengenalan pemohon.


3.) Senarai Semak Bagi Sijil Tukul Besi Yang Hilang

  • Laporan Polis;
  • Surat akuan sumpah semua Ahli Lembaga Pengarah bagi yang berkenaan (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
  • Profil status syarikat terkini;
    • maklumat syarikat;
    • Maklumat Pengarah & Pegawai;
    • Maklumat Pemegang Syer; dan
    • Ringkasan Penyata Kewangan (bagi Syarikat Sendirian Berhad (SSM)).

 

  • Senarai Ahli Lembaga Pengarah bagi Koperasi / Yayasan / Pertubuhan;
  • Buku Akta Syarikat (MAA);
  • Undang-undang Kecil Koperasi / Buku Perlembagaan Pertubuhan;
  • Bayaran proses Sijil Baru RM500.00 atau kadar yang berkuatkuasa;
  • Bayaran pembaharuan RM500.00 atau kadar yang berkuatkuasa berserta tunggakan (jika ada) perlu dijelaskan dalam bentuk kiriman wang pos @ bank draf atas nama "BENDAHARI NEGERI PERAK" ; dan
  • Cop syarikat dan cop tukul besi (rubber stamp).



Terakhir dikemaskini:   2 November 2022

 



Last Updated: 02 November 2022

Hubungi Kami