Sumber Hutan
Sehingga 17 Julai 2025, jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Perak adalah sebanyak 988,412.84 hektar dan Cadangan Hutan Simpanan Kekal (CHSK) di Negeri Perak adalah seluas 2,236.63 hektar yang terletak dalam lima (5) pentadbiran Pejabat Hutan Daerah yang berlainan. Seluas 938,107.82 hektar adalah terdiri daripada Hutan Darat yang mana seluas 7,561.00 hektar adalah Ladang Hutan manakala seluas 42,744.02 hektar adalah Hutan Paya Laut.