• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • MC&I SFM
  • Pemuliharaan Hutan Bernilai Tinggi

Pemuliharaan Hutan Bernilai Tinggi

Pemuliharaan Hutan Bernilai Tinggi

(High Conservation Value Forests - HCVFs)

Kawasan Pemuliharaan Hutan Bernilai Tinggi (High Conservation Value Forests HCVFs) telah ditubuhkan untuk tujuan memelihara dan mengekalkan persekitaran dengan isi hutan yang mempunyai ciri-ciri kepelbagaian biologi yang menarik, unik dan bernilai tinggi yang meliputi komposisi spesies flora. Kawasan HCVFs boleh terdiri daripada sebahagian kecil komposisi hutan. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 bagi memenuhi keperluan prinsip Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pengurusan Hutan Mampan [MC&I SFM] bagi membuktikan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dengan pembalakan berimpak rendah. Sehingga tahun 2022, Negeri Perak telah menubuhkan sebanyak 13 petak HCVFs iaitu :

 

1.

Sbhg. Kompt. 127, Hutan Simpan Kledang Saiong, Daerah Kinta/Manjung  -  Resak Abdulrahman (Vatica abdulrahmaniana)

2.

Sbhg. Kompt. 47, Hutan Simpan Kledang Saiong, Daerah Kinta/Manjung  -  Gerutu Pasir  Daun Besar (Parashorea globosa)

3.

Sbhg. Kompt. 2 & 5, Hutan Simpan Sg. Pinang, Daerah Kinta/Manjung  -  Balau Putih (Shorea lumutensis)

4.

Sbhg. Kompt. 39, 40 & 41, Hutan Simpan Segari Melintang, Daerah Kinta/Manjung  -  Balau Putih (Shorea lumutensis)

5.

Sbhg. Kompt. 1, Hutan Simpan Pangkor Selatan, Daerah Kinta/Manjung     -  Merawan (Hopea auriculata)

6.

Sbhg. Kompt. 202 & 203 Hutan Simpan Kledang Saiong, Daerah Kuala Kangsar  -   Daun sang  (Johannesteijsmannia perakensis)

7.

Sbhg.  26A & 27A,  Hutan Simpan Bubu, Daerah Kuala Kangsar  -   Meranti lapis  (Shorea lamellata)

8.

Sbhg. Kompt. 142, Hutan Simpan Temenggor, Daerah Hulu Perak  -   Sira jenut

9.

Sbhg. Kompt. 142, Hutan Simpan Temenggor, Daerah Hulu Perak  -  Bunga Pakma  (Rafflesia cantleyi)

10.

Sbhg. Kompt. 28 & 29 Hutan Simpan Gerik, Daerah Hulu Perak  - Bunga Pakma Tikus (Rhizanthes infanticida)

11.

Sbhg. Kompt. 18A, Hutan Simpan Pulau Kecil, Daerah Larut & Matang   -  Berus Mata Buaya (Bruguiera hainesii)

 

12.

Sbhg. Kompt. 11, Hutan Simpan Pulau Kelumpang, Daerah Larut & Matang    -   Tapak Perkuburan Pra-Sejarah

13.

Sbhg.. Kompt. 51 & 52, Hutan Simpan Chikus, Daerah Perak Selatan  -   Keruing paya (Dipterocarpus coriaceus)



Terakhir dikemaskini: 16 Oktober 2022

Hubungi Kami