• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR)

Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR)

Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) telah diwujudkan pada tahun 1950an. Penubuhan ini bertujuan untuk memastikan beberapa hutan dara Negara terpelihara dan sentiasa kekal bagi menggambarkan ciri-ciri dan jenis-jenis hutan Semenanjung Malaysia yang dikenali dengan keunikan disamping untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan pengembangan.
 
Bagi menjamin pencapaian objektif-objektif penubuhannya, kawasan-kawasan VJR yang sedia ada perlu dikekalkan dan dipelihara melalui pelaksanaan sistem pengurusan secara optima.
 
Bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, kawasan VJR adalah dengan keluasan ± 6,525.18 hektar yang meliputi pelbagai jenis hutan telah ditubuhkan untuk tujuan sepenuhnya.


Terakhir dikemaskini: 29 Julai 2025

Hubungi Kami