Thuidium Glaucinoides

akar Family : Thuidiaceae
Subfamily : -
Genus : Thuidium
Species : Thuidium glaucinoides

Deskripsi:

Penemuan Thuidium glaucinoides telah direkodkan buat pertama kalinya di Negeri Pahang ketika Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Taman Negeri Endau Rompin oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Spesies lumut jati ini merupakan satu-satunya yang direkodkan dari famili Thuidiaceae ketika ekspedisi tersebut.

Microhabitat bagi spesies ini adalah seperti banir, akar pokok yang terdedah, batang, dan dahan. Selain itu, ia juga boleh dijumpai pada ranting pokok, kayu reput, tanah dan permukaan batu. Lumut jati dilihat bukanlah merupakan satu spesies yang mempunyai nilai ekonomi, namun ianya amat bernilai dari aspek ekologi kerana kemampuan menyimpan kelembapan dan air bagi sesebuah kawasan hutan. Pada musim kemarau, briofit dan lichen akan mengeluarkan air yang disimpan secara perlahan-lahan kepada ekosistem bagi mengekalkan kelembapan kawasan hutan tersebut.



Terakhir dikemaskini: 15 Julai 2014

Hubungi Kami