Permohonan & Pendaftaran Tukul Besi Di Jabatan Perhutanan Negeri Perak
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR PEMBALAKAN (TUKUL BESI) JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Adalah dimaklumkan bahawa kepada pemohon yang ingin memohon / mendaftar Tukul Besi Baru perlu mengisi Borang Permohonan Tukul Besi yang diedarkan secara percuma dengan memuat turun pautan di bawah atau mengambil borang di Seksyen Perindustrian & Pengusahasilan. Pemohon juga perlu mematuhi syarat-syarat tambahan bagi Permohonan Tukul Besi Baru dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan mengikut
senarai semak seperti dibawah :
 
 1) Syarat-syarat Tambahan Permohonan Tukul Besi Baru
- Alamat di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan;
 - Syarikat mestilah Syarikat Sendirian Berhad atau setaraf;
 - Modal hendaklah sekurang-kurangnya RM100,000.00;
 - Penyata akaun mestilah mempunyai RM5,000.00 ke atas;
 - Syarikat mestilah mempunyai kaitan dalam bidang perhutanan / pembalakan; dan
 - Syarikat juga mesti mempunyai pekerja dan peralatan jentera (perlu dinyatakan jentera yang ada samada milik sendiri / sewaan).
 
 2) Senarai Semak Permohonan Sebagai Kontraktor Pembalakan (Pendaftaran Tukul Besi)
| 
 BIL.  | 
 DOKUMEN  | 
| 
 1.  | 
 Pemohon hendaklah berstatus Warganegara Malaysia  | 
| 
 2.  | 
 Borang permohonan (boleh dimuat turun dalam laman web   | 
| 
 3.  | 
 Gambar pemohon berukuran passport.  | 
| 
 4.  | 
 Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan  | 
| 
 5.  | 
 Salinan perakuan pendaftaran, salinan maklumat perniagaan dan salinan maklumat pemilik masa kini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang disahkan.  | 
| 
 6.  | 
 Senarai anggota Lembaga Koperasi/Pertubuhan/Yayasan yang telah disahkan (semua ahli berstatus Warganegera Malaysia sahaja)  | 
| 
 7.  | 
 Maklumat lain berkaitan Syarikat/Koperasi/Pertubuhan/Yayasan  | 
| 
 i. Maklumat syarikat  | 
|
| 
 ii. Maklumat pengarah dan pegawai  | 
|
| 
 iii. Maklumat pemegang syer  | 
|
| 
 iv. Maklumat modal (sekurang-kurangnya RM 100,000.00 dan ke atas)  | 
|
| 
 v. Ringkasan penyata kewangan  | 
|
| 
 vi. Jenis perniagaan berkaitan dengan bidang perhutanan/pembalakan atau lain-lain yang bersesuaian.  | 
|
| 
 vii. Alamat Syarikat/Koperasi/Pertubuhan/Yayasan perlulah di Negeri Perak  | 
|
| 
 8.  | 
 Penyata akaun bank terkini mengikut tahun semasa (dua bulan berturut-turut) berjumlah sekurang-kurangnya RM5,000.00  | 
| 
 9.  | 
 Perakuan pemilikan jentera atau peralatan bagi kerja-kerja pengusahasilan i. Milik sendiri (perlu disertakan salinan geran pemilikan bagi setiap jentera); atau ii. Dokumen sewaan (perjanjian / surat kebenaran sewaan dari agensi/syarikat sewaan atau lain-lain berkaitan)  | 
Nota:
- Semua salinan dokumen hendaklah disahkan; dan
 - Hanya syarikat berstatus Sendirian Berhad sahaja yang layak memohon (jenis perniagaan pemilikan tunggal tidak layak memohon)
 
 3) Senarai Semak Bagi Sijil Tukul Besi Yang Hilang
- Laporan Polis;
 - Surat akuan sumpah semua Ahli Lembaga Pengarah bagi yang berkenaan (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
 - Profil status syarikat terkini;
- Maklumat syarikat;
 - Maklumat Pengarah & Pegawai;
 - Maklumat Pemegang Syer; dan
 - Ringkasan Penyata Kewangan (bagi Syarikat Sendirian Berhad (SSM).
 
 - Senarai Ahli Lembaga Pengarah bagi Koperasi / Yayasan / Pertubuhan;
 - Buku Akta Syarikat (MAA);
 - Undang-undang Kecil Koperasi / Buku Perlembagaan Pertubuhan;
 - Bayaran proses Sijil Baru RM100.00 atau kadar yang berkuatkuasa;
 - Bayaran pembaharuan RM500.00 atau kadar yang berkuatkuasa berserta tunggakan (jika ada) perlu dijelaskan dalam bentuk bank draf atas nama "BENDAHARI NEGERI PERAK" atau bayaran secara debit; dan
 - Cop syarikat dan cop tukul besi (rubber stamp).
 
Terakhir dikemaskini: 8 Mac 2024
