Etlingera Terengganuensis

bunga Family : Zingiberaceae
Subfamily : -
Genus : Etlingera
Species : Etlingera terengganuensis

Deskripsi:

Etlingera terengganuensis merupakan sejenis spesies baru halia yang direkodkan di Semenanjung Malaysia. Spesies ini telah dijadikan sebagai logo sewaktu Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Gunung Mandi Angin, Terengganu , yang mana ianya melambangkan spesies yang unik dan jarang ditemui serta amat berpotensi untuk dijadikan tumbuhan hiasan.

Penemuan pertama direkodkan di Negeri Terengganu, tetapi kini populasi spesies ini juga boleh didapati di Negeri Kelantan dan Selatan Negara Thailand. Spesies kantan ini mempunyai banyak persamaan dengan E.maingayi dan E.venusta, maka pengecaman antara tiap satunya amat sukar dilakukan tanpa kehadiran bunga.



Terakhir dikemaskini: 15 Julai 2014

Hubungi Kami