Persatuan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (PERKSPER)
PERMOHONAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DI BAWAH PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (PERKSPER)
Untuk makluman Tuan/Puan, Mesyuarat Jawatankuasa Besar PERKSPER Sesi 2012/2013 Bil. 1/2012 pada 21 November 2012 telah memutuskan jenis dan kadar sumbangan kepada ahli persatuan seperti berikut:
BIL |
JENIS SUMBANGAN |
KADAR (RM) |
2.1 |
Khairat Kematian |
200 |
2.2 |
Bersara |
150 |
2.3 |
Penyakit Kronik/Musibah |
100 |
2.4 |
Perkahwinan |
150 |
2.5 |
Peperiksaan (i) UPSR @ yang setara dengannya (keputusan 5A) (ii) PMR @ yang setara dengannya (keputusan 8A) (iii) SPM @ yang setara dengannya (keputusan 8A) (iv) STPM @ yang setara dengannya (keputusan 3.5 dan ke atas)
|
100
150
200
200 |
Tarikh mula kuatkuasa bagi sumbangan tersebut ialah 1 JANUARI 2012. Semua permohonan sumbangan hendaklah dilakukan mengikut prosedur seperti berikut:
- Pemohon melengkapkan Borang Permohonan Sumbangan Kebajikan seperti di lampiran (beserta salinan dokumen sokongan yang telah disahkan);
- Mendapatkan pengesahan Ketua Unit/Jabatan di ruangan “AJK Bahagian’;
- Mengemukakan borang yang lengkap diisi kepada Ketua Biro Kebajikan dan Sosial iaitu En. Mohd Asri bin Yussof (Pegawai Hutan Daerah Hulu Perak) untuk semakan dan rekod; dan
- Ketua Biro Kebajikan dan Sosial kemukakan permohonan yang diluluskan kepada Bendahari bagi tujuan bayaran.