Maklumat ISO
Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah melantik badan pensijilan AJA EQS Certification (M) Sdn Bhd sebagai Juruaudit Bebas untuk mengaudit Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 6 Disember 2013 bagi melayakkan jabatan memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008. Objektif lawatan adalah untuk mengesahkan:
- Pematuhan berterusan dan keberkesanan sistem pengurusan anda untuk ISO 9001:2008
- Mengesahkan sama ada pemerhatian yang dibangkitkan telah dipertimbangkan untuk tindakan.
- Apa-apa perubahan ketara kepada aktiviti / proses sejak lawatan terakhir
- Peningkatan pencapaian berterusan
- Meningkatkan kepuasan pelanggan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) merupakan agensi yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Negeri Perak komited untuk memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2008 “Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpan Kekal”.
Dasar Kualiti JPSM adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam “Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpan Kekal” supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JPSM melibatkan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan lapan (8) Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.
Sebanyak lima (5) Dokumen Kualiti telah disediakan iaitu:
- Manual Kualiti;
- Prosedur Kualiti (Proses) Aktiviti-aktiviti Sebelum Pengusahasilan Hutan;
- Prosedur Kualiti (Proses) Aktiviti-aktiviti Pengusahasilan Hutan;
- Prosedur Kualiti (Proses) Aktiviti-aktiviti Selepas Pengusahasilan Hutan; dan
- Prosedur Kualiti (Sokongan).
Proses utama Sistem Pengurusan Kualiti JPSM dilaksanakan mengikut turutan berikut:
- Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan;
- Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja;
- Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Penentuan Had Batas Tebangan;
- Penandaan Pokok;
- Pengusahasilan Hutan;
- Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur; dan
- Rawatan Silvikultur Memotong Akar Pepanjat (CL) dan Tanaman Mengaya.
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 JPSM berkuatkuasa pada 6 April 2012.
Butiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JPSM adalah seperti di Jadual-Jadual berikut, klik di sini.
Objektif Kualiti
Dasar Kualiti
POSTER DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
DASAR PENGGUNAAN BAHAN KIMIA DALAM PENGURUSAN HUTAN
POLISI KESELAMATAN IPPSM 2012