Notis Penutupan Hutan Simpanan Kekal (HSK)

Adalah dimaklumkan bahawa, selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara, semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak adalah DITUTUP KEPADA ORANG AWAM

Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini boleh disabitkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pihak Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerosakan, kerugian, risiko jangkitan atau kemudaratan yang berlaku kepada orang awam semasa berada di dalam kawasan pendakian ini.
Sekian, terima kasih.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK



Last Updated: 23 September 2021

Hubungi Kami