Notis Penutupan Taman Eko-Rimba (TER)


Adalah dimaklumkan bahawa, selaras arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara dan larangan bagi aktiviti sukan dan rekreasi, semua Taman Eko-Rimba (TER) di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak adalah DITUTUP KEPADA ORANG AWAM berkuatkuasa 12 MEI 2021- 07 JUN 2021.

Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini boleh disabitkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pihak Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerosakan, kerugian, risiko jangkitan atau kemudaratan yang berlaku kepada orang awam semasa berada di dalam kawasan TER ini.
Sekian, terima kasih.

ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK



Terakhir dikemaskini: 21 Mei 2021

Hubungi Kami