• selamat dtg
  • krismas
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Perancangan & Pengurusan Hutan

Fungsi Unit

Unit ini bertanggungjawab mengurus Hutan Simpanan Kekal (HSK) secara sistematik dengan merekod pewartaan hutan iaitu pewartaan masuk/pemansuhan HSK, merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan sumber hutan seperti mencuci dan menanda sempadan luar HSK dan inventori hutan sebelum tebangan (Pre-F) dengan matlamat pengurusan hutan secara berkekalan. Aktiviti lain adalah merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pembangunan Hutan Asli dengan tujuan memelihara hutan semulajadi untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan seperti Hutan Simpanan Dara (VJR) dan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi (High Conservation Value Forests, HCVFs). Unit ini turut bertanggungjawab dalam merancang dan menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH), Rancangan Kerja Hutan Paya Laut Matang (RKH) dan menyelaras penyediaan Rancangan Tahunan Hutan (RTH) di setiap Daerah Pentadbiran Hutan bagi negeri Perak di samping menyelaras penubuhan dan perkembangan petak-petak kajian serta menyelaras pelaksanaan Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia {MC&I (Hutan Asli)} bagi FMU Perak.

Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Projek Central Forest Spine (CFS) di Negeri Perak. CFS seperti yang diterjemahkan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan tulang belakang bagi rangkaian Persekitaran Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dalam Semenanjung Malaysia. RFN telah mengenalpasti fragmentasi hutan sebagai ‘ancaman kepada pemuliharaan hutan dan perlindungan biodiversiti’. Oleh yang demikian unit ini akan mengenalpasti kepelbagaian penggunaan kawasan hutan untuk dipertingkatkan lagi melalui pengenalpastian kawasan CFS dan program untuk mewujudkan jaringan dan koridor bagi tujuan penyatuan kawasan fragmen hutan dalam mewujudkan kesimbangan dan faedah di antara arus pembangunan dan aktiviti pemuliharaan.

Di samping itu, unit ini juga menyelia Unit Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan peralatan ICT, mengurus perisian-perisian aplikasi dan kemudahan, pengurusan laman web Jabatan, bantuan teknikal pengemaskinian data dan lain-lain yang berkaitan.

Objektif Unit

Berikut adalah antara objektif unit Perancangan & Pengurusan;

  1. Menyedia dan Mengemaskini Maklumat Sumber Hutan;
  2. Merancang penyediaan dan memantau pelaksanaan rancangan-rancangan mengenai pengurusan dan pembangunan sumber hutan bagi hutan darat dan hutan paya laut;
  3. Merancang, mengurus dan mrlaksanakan aktiviti penandaan da penyelenggaraan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal;
  4. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F);
  5. Merancang dan mamantau Pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pensijilan pengurusan hutan.

Projek Yang Sedang Dilaksana

  1. Rancangan Kerja Hutan Paya Laut bagi tempoh 2010 – 2019
  2. Program Pengurusan Sumber Hutan Di bawah Peruntukan Pembangunan Negeri (PO7) dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH)
  3. Projek Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang Dibiayai Di Bawah Tabung Pembangunan Industri Kayu-Kayan (KPIKM)
    • Menanda dan Mengukur Sempadan Luar Hutan Simpanan Kekal

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo