PENDAFTARAN PERMOHONAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN (MGP) NEGERI PERA
SYARAT PENDAFTARAN PERMOHONAN
MALIM GUNUNG PERHUTANAN (MGP) NEGERI PERAK
Semua pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak adalah dialu-alukan untuk mendaftar melalui borang pendaftaran Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Perak dan mengemukakan permohonan sebelum atau pada 18 November 2020 (Rabu) sebelum atau pada jam 5.00 petang kepada :
Jabatan Perhutanan Negeri Perak,
Atau, boleh mengemukakan dokumen lengkap kepada emel :
seksyenhutanlipur[at]gmail[dot]com
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, tuan / puan boleh berhubung dengan Seksyen Hutan Lipur dan Eko Pelancongan di talian 05-5288100 sambungan 7122 / 122 / 124.
Syarat-syarat bagi permohonan MGP Negeri Perak adalah sepertimana dilampirkan.
Pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan, akan ditawarkan untuk mengikuti kursus MGP Negeri Perak yang dianjurkan oleh Jabatan ini.
MGP yang berjaya menamatkan kursus akan ditauliahkan dengan diberi sijil, transkrip dan kad pengenalan sebagai Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak mengikut tempoh masa berkuatkuasa dan akan dipantau secara berterusan oleh pihak IPJPSM dan JPNPK bagi mengelakkan pelanggaran peraturan, dan penyalahgunaan kuasa yang diberikan.
Muat Turun Borang & Syarat Di Sini :
Borang
Syarat Permohonan