Majlis APC 2019, Pesara 2020 & Penyerahan Sijil Perhutanan
Adalah dimaklumkan bahawa pada 24 Ogos 2020 bertempat di Dewan Rimbawan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan diadakan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang 2019, Meraikan Pesara 2020 dan Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer 2018-2020 dan Pengawas Hutan 2019-2020.
Semua penerima adalah dijemput hadir dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN iaitu memakai pelitup separuh muka, menjaga penjarakkan fizikal serta kerap mencuci tangan.

