Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2016 & Kembara Rimba Bersama YAB Menteri Besar Perak
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2016 & Kembara Rimba Bersama YAB Menteri Besar Perak telah diadakan pada 21 April 2016 bertempat di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Meru, Ipoh, Perak yang akan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Bertemakan "Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat" sambutan hari hutan ini adalah kesinambungan kepada sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Hari Hutan Antarabangsa disambut pada setiap 21 Mac setiap tahun.