PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI SEKTOR PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Adalah dimaklumkan bahawa pada 29-30 November 2015 yang lalu telah diadakan satu PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI SEKTOR PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program ini bertempat di Kompleks Latihan Perhutanan Sg. Siput (U) yang melibatkan kira-kira 100 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.