KEMBARA RIMBA CYCLO-HUNT 2015
Program Kayuhan
"Kembara Rimba Cyclo-Hunt 2015"
Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2015
& Kembara Rimba Bersama Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
12 April 2015 | 9.00 pagi
Arena Square Pangkor, Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Arena Square Pangkor, Pasir Bogak, Pulau Pangkor

Adalah dimaklumkan JPNPk telah mengadakan Program Kembara Rimba Cyclo-Hunt 2015 bertempat di Pulau Pangkor. Program ini dianjurkan secara santai dan berhemah. Penyertaan terbuka kepada semua lapisan dan secara berkumpulan. Satu kumpulan 4 peserta (minimum 3 peserta). Penyertaan ini juga terbuka kepada semua jenis basikal. Berkonsepkan "Collect & Win" dimana setiap "Check Point" akan disediakan soalan dan setiap peserta perlu menjawab soalan ataupun melakukan tugasan yang diminta oleh penjaga check point. Setiap soalan yang berjaya dijawab akan diberi pelekat atau stampdan peserta perlu mengumpul kesemua pelekat sehingga selesai. Peserta yang paling awal sampai ke garisan penamat dengan jumlah pelekat paling lengkap dikira sebagai pemenang.
Hadiah yang lumayan menanti untuk para pemenang ;-
Tempat Pertama : RM500 & hamper
Tempat Kedua : RM300 & hamper
Tempat Ketiga : RM200 & hamper
dan seterusnya hadiah saguhati.