Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2015 & Kembara Rimba Bersama Menteri Besar Perak
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2015 & Kembara Rimba Bersama Menteri Besar Perak telah diadakan pada 12 April 2015 bertempat di Arena Square Pangkor, Pasir Bogak, Pulau Pangkor yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Bertemakan "Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat" sambutan hari hutan ini adalah kesinambungan kepada sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 22 Mac 2015 yang lalu di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman yang dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. Hari Hutan Antarabangsa disambut pada setiap 21 Mac setiap tahun.
Pelbagai acara telah dirancang untuk memeriahkan sambutan Hari Hutan Antarangsa Peringkat Negeri Perak ini terutamanya aktiviti Kembara Rimba Bersama Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, acara Penanaman Pokok, Ceramah Agama, Ceramah Perhutanan, Pertandingan Spelling Bee, Pertandingan Mewarna dan juga acara Berbasikal (Kembara Rimba Cyclo-Hunt 2015).
Seramai 500 orang tetamu dan pengunjung telah menyertai sambutan ini.