HARI KELUARGA JPNPk 2014

Buat julung-julung kalinya Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan telah menganjurkan Hari Keluarga JPNPk bagi tahun 2014 pada 20 September 2014 (Sabtu) bertempat di Kompleks Latihan Perhutanan Sg. Siput (U) bermula jam 7.30 pagi - 2.30 petang.
Semua kakitangan Jabatan Perhutanan yang menjadi ahli PERKSPER telah hadir dan menyertai acara sukaneka yang telah dijalan pada hari keluarga tersebut. Pelbagai hadiah menarik telah dimenangi. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga PERKSPER JPNPk ini.