Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 & Meraikan Pesara JPNPk Tahun 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 5 Mei 2014 (Isnin) bertempat di Dewan Bankuet Jabatan Perhutanan Negeri Perak jam 7.45 malam telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 dan Meraikan Pesara JPNPk Tahun 2014. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Jabatan Perhutanan Negeri Perak mengucapkan TAHNIAH kepada penerima anugerah dan SEKALUNG PENGHARGAAN kepada kakitangan yang bakal/telah bersara.