PROGRAM DYAM RAJA PUAN MUDA PERAK MEMELIHARA ALAM SEKITAR 2011 PADA 5 JUN 2011 DI PUSAT EKO-PELAJARAN HUTAN PAYA LAUT MATANG, KUALA SEPETANG, TAIPING
Pada 5 Jun 2011, Persatuan Pandu Puteri Perak telah menganjurkan Program Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Bersama Persatuan Pandu Puteri Perak Memelihara Alam Sekitar 2011. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taping. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Hutan Lipur, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Pejabat Hutan Daerah Larut dan Matang.
Peserta program yang terlibat adalah seramai 200 orang ahli Persatuan Pandu Puteri dan juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 100 orang tetamu jemputan. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Perak merangkap Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Diantara program yang berlangsung adalah taklimat ringkas berkenaan hutan paya bakau dan seterusnya acara kemuncak majlis ini adalah acara menanam pokok bakau sempena Sambutan Hari Alam Sekitar dan Ulangtahun Persatuan Pandu Puteri Perak yang ke-90. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama tetamu kehormat, warga Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan juga ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri sebagai acara penutup.