MOTIVASI MEMASAK BERSAMA PAKAR.. CHEF DATUK ISMAIL AHMAD
Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama anjuran Persatuan Kebajikan & Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (PEKSPER) dan PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah mengadakan Program Motivasi Memasak Bersama Pakar...Chef Datuk Ismail Ahmad pada 21 November 2012 (Rabu) bersamaan 7 Muharram 1434 H, jam 12.00 tgh bertempat di Dewan Bankuet, Aras G, Jabatan Perhutanan Negeri,Ipoh. Masakan bertemakan "tumbuhan hutan".