• selamat dtg
  • krismas
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Polisi e-Penyertaan

POLISI e-PENYERTAAN

Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk). JPNPk sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, JPNPk amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaumagama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.
  12. Sebagai peserta E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.
  13. Penggunaan yang betul dalam bahasa Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia 

Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami,  laman web JPNPk memakai beberapa peralatan untuk meningkatkan komunikasi dua hala, iaitu melalui maklumbalas dan undian/bancian.  Di samping itu, laman web ini membolehkan interaksi dalam rangkaian media sosial seperti Facebook.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo