Taman Eko-Rimba Kuala Woh terletak di daerah Tapah, Perak. Kemudahan asas yang terdapat di sini ialah dewan terbuka, chalet, pondok rehat, jambatan gantung, tandas, tapak perkhemahan dan tapak caravan .
Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.

Bagaimana Hendak Ke Sini?
Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.
Tarikan:

Kemudahan:

Lokasi:
13 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands dan 72 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang. Hutan Lipur Kuala Woh terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.
Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah, Perak
Tel. : 605-4011 216
Faks : 605-4015 331

