• Utama
  • Berita Jabatan
  • NOTIS PEMBUKAAN SEMULA AKTIVITI PENDAKIAN GUNUNG DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL NEGERI PERAK

NOTIS PEMBUKAAN SEMULA AKTIVITI PENDAKIAN GUNUNG DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL NEGERI PERAK

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan ini telah memutuskan untuk MEMBUKA SEMULA aktiviti pendakian gunung dan rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak. Sehubungan itu, semua aktiviti pendakian dan rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal akan mula beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dan cuti hujung minggu berkuatkuasa 15 JULAI 2022 (JUMAAT).

Orang awam yang ingin memohon untuk mendapatkan kelulusan permit tersebut perlulah memohon melalui sistem e-Permit ( http://www.perakforesty.gov.my/ecotourism/ ) bermula 14 Julai 2022. Mengikut Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu tiada seorangpun boleh memasuki hutan tertutup tanpa kebenaran permit memasuki Hutan Simpan Kekal.


Sekian, Terima Kasih.


ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK



Last Updated: 14 July 2022

Hubungi Kami