Penguatkuasaan bayaran royalti ke atas pengeluaran Kayu Getah, Batang Kelapa Sawit dan Batang Kelapa
NOTIS PEMBERITAHUAN
Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menguatkuasakan pelaksanaan pindaan kadar mulai 1 Januari 2019 melibatkan;
JADUAL KEDUA KAEDAH-KAEDAH HUTAN 1988 (Lampiran 1) ; dan
JADUAL KEEMPAT KAEDAH-KAEDAH HUTAN 1988 (Lampiran 2)
Pelaksanaan pindaan kadar ini selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bil. 1943 bertarikh 27 Jun 2018.
Penguatkuasaan bayaran royalti ke atas pengeluaran Kayu Getah, Batang Kelapa Sawit dan Batang Kelapa dari kawasan Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Bermilik (melebihi 20 hektar) turut dilaksanakan pada 1 Januari 2019.