NOTIS OPERASI SEMULA TAMAN EKO-RIMBA (TER)

Adalah dimaklumkan bahawa semua Taman Eko-Rimba (TER) Jabatan Perhutanan Negeri Perak (KECUALI TER ULU KENAS) akan mula beroperasi berkuatkuasa :

TARIKH : 03 JUN 2022 (JUMAAT)

WAKTU OPERASI TER: 8.00 PAGI – 6.00 PETANG

Walau bagaimanapun, semua aktiviti pendakian gunung dan rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak masih DITUTUP. Untuk makluman TER Ulu Kenas masih belum dibenarkan beroperasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan pengunjung. Semua permohonan tempahan sewaan kemudahan di TER perlu dimohon dan diluluskan melalui aplikasi sedia ada iaitu sistem e-Permit yang boleh dicapai melalui Portal Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Ketidakpatuhan terhadap arahan ini adalah di atas tanggungan risiko sendiri dan pihak Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerosakan, kerugian, risiko jangkitan atau kemudaratan yang berlaku kepada para pengunjung semasa berada di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Sekian, terima kasih.



ARAHAN
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK



Terakhir dikemaskini: 01 Jun 2022

Hubungi Kami