• Utama
  • Berita Jabatan
  • NOTIS KEBENARAN OPERASI BAGI AKTIVITI PERHUTANAN (PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2)

NOTIS KEBENARAN OPERASI BAGI AKTIVITI PERHUTANAN (PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2)

NOTIS KEBENARAN OPERASI BAGI AKTIVITI PERHUTANAN (PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2)

Adalah dimaklumkan bahawa, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan kuasa di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa mulai 17 September 2021.

Sehubungan itu, aktiviti yang melibatkan perhutanan adalah tertakluk kepada pematuhan kepada syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :

i. SOP SEKTOR PENGURUSAN PERHUTANAN Pembangunan Hutan Rolling Plan 1 (RP1) 2021,
ii. SOP SEKTOR PENGURUSAN PERHUTANAN Pengusahasilan Hutan (Hasil Hutan Bukan Kayu),
iii. SOP SEKTOR PENGURUSAN PERHUTANAN Pengusahasilan Hutan (Pembalakan),
iv. SOP SEKTOR PENGURUSAN PERHUTANAN Perladangan Hutan Dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan ;
v. SOP SEKTOR EKOPELANCONGAN SUMBER ASLI (TAMAN EKO RIMBA & HUTAN TAMAN NEGERI).

Sehubungan dengan itu, dalam memerangi dan membendung penularan COVID-19, pihak syarikat dan kakitangan perlu mematuhi SOP dan menguatkuasakan amalan mengelak 3 C/S (Crowded Places, Confined Space, Close Conversation) serta amalan 3 W (Wash, Wear, Warn) dalam pengendalian aktiviti perhutanan dan kehidupan harian.

Pengarah Perhutanan Negeri,
Perak Darul Ridzuan

Terakhir dikemaskini: 06 Oktober 2021

Hubungi Kami